Thursday, January 20, 2011

AKU PUTIH KAU HITAM

Aku suka menangis
Kau suka ketawa
Aku berwarna putih
Kau pula hitam saja

Bila kau berada dilangit
Aku berada didaratan
Dan jarak itu terlalu jauh
Bagi kita

Berbeza
Dan terlalu berbeza
Hampir diri dipersalahkan
Seperti banduan dalam penjara
Hanya kerana menumpang keistimewaan

Tapi
Dalam terdiam sembunyi kesedaran
Bukan musuh tapi kawan
Bila kau perlukan aku
Aku juga begitu

Jangan persalahkan pada perbezaan
Kerana kelak sebagai kelengkapan
yang saling melengkapi
dan
Pada masa itu
Aku yang putih berkata
aku perlukan hitam untuk menjadi kelabu..

tangan kremm..kejang grrr..sejuk doh..lol...

p/s:jangan kata aku pasan lak aku pilih putih..huahua..

AKU BUKAN ENGKAU


Aku terdiam dan terkedu
Kata-kata yang menyakitkan
Kerana itu bukan aku
Apa yang dikata
Sekali tidak benar.

Aku berjalan
Dengan hati yang kosong
Minda yang juga kosong
Tapi diulit dengan senyuman
Yang hambar bagiku

Aku merenung melangit
Awan biru yang juga kosong
Tapi menenangkan
Serta merta pipi terasa panas
Dan bersama perasa perisa yang masin dilidahku

Ku fikirkan hari yang mendatang
Akan membawakan aku senyuman
Yang berpanjangan
Semangat dan kekuatan yang
Akan menjadi batu dalam diri aku..

Sekali sekala ingin aku katakan
Aku bukan begitu
Kerana aku punya alasan dengan setiap itu
Semua buta
Tak tahu apa
Pandai berkata tapi hakikatnya
Kau sepertiku

Padaku
Ini diri aku
Terus dengan diriku
Kerana aku bukan engkau
Dan engkau bukan aku.

dan aku terus berdiri dgn gayaku..













Monday, January 17, 2011

SADNESS OF DAYS...

Hari-hari yang mendatang kadang-kadang membuat kita rasa tak sabar untuk kita harungi dan kita tempuhi..tapi mungkin itu bagi sesetengah orang yang rasa hidup mereka sangat bahagia..
Tapi,...
Bagi aku, hari-hari yang mendatang sangat takut aku nak tempuhi..Mana taknya, ada saja yang tak kena yang dikaitkan tentang aku...
Bermulanya kisah aku menjadi seorang siswi ataupun sebagai guru pelatih di salah sebuah kampus di Kelantan...mahu nk diterimanya agak susah bagi aku..berjauhan dgn keluarga bukanlah satu kesusahan atau kepahitan kerana sebelum ni pun aku pernah jgk berpisah dgn mereka..tapi jarak yg terlalu jauh tiada sanak-saudara yang dekat dgn aku makin rase susah nk terima..tapi harapan dan impian menghalang aku dari berputus asa...aku yakinkan dri melangkah dan meneruskan hingga ke hari ini..
ALHAMDULILLAH...
Aku masih diberi peluang tuk aku terus berusaha walaupun banyak yang saya alami..gembira ,sedih kecewa semua aku rase..tak de yang tak pernah aku alami semuanya dah lar katakan..pengalaman mnjdi pengajaran...
Percintaan ,persahabatan atau kekeluargaan byk aku alami setelah umurku mncapai 20-an..
Inilah dikatakan kehidupan..
Aku dgn prinsip diri aku,
aku tetap nk berdiri walaupun kadang-kadang aku diperlekehkan 
dimalukan atau seumpamanya..
kerena Aku Tetap Aku...