Thursday, January 20, 2011

AKU BUKAN ENGKAU


Aku terdiam dan terkedu
Kata-kata yang menyakitkan
Kerana itu bukan aku
Apa yang dikata
Sekali tidak benar.

Aku berjalan
Dengan hati yang kosong
Minda yang juga kosong
Tapi diulit dengan senyuman
Yang hambar bagiku

Aku merenung melangit
Awan biru yang juga kosong
Tapi menenangkan
Serta merta pipi terasa panas
Dan bersama perasa perisa yang masin dilidahku

Ku fikirkan hari yang mendatang
Akan membawakan aku senyuman
Yang berpanjangan
Semangat dan kekuatan yang
Akan menjadi batu dalam diri aku..

Sekali sekala ingin aku katakan
Aku bukan begitu
Kerana aku punya alasan dengan setiap itu
Semua buta
Tak tahu apa
Pandai berkata tapi hakikatnya
Kau sepertiku

Padaku
Ini diri aku
Terus dengan diriku
Kerana aku bukan engkau
Dan engkau bukan aku.

dan aku terus berdiri dgn gayaku..













1 comment: