Thursday, January 20, 2011

AKU PUTIH KAU HITAM

Aku suka menangis
Kau suka ketawa
Aku berwarna putih
Kau pula hitam saja

Bila kau berada dilangit
Aku berada didaratan
Dan jarak itu terlalu jauh
Bagi kita

Berbeza
Dan terlalu berbeza
Hampir diri dipersalahkan
Seperti banduan dalam penjara
Hanya kerana menumpang keistimewaan

Tapi
Dalam terdiam sembunyi kesedaran
Bukan musuh tapi kawan
Bila kau perlukan aku
Aku juga begitu

Jangan persalahkan pada perbezaan
Kerana kelak sebagai kelengkapan
yang saling melengkapi
dan
Pada masa itu
Aku yang putih berkata
aku perlukan hitam untuk menjadi kelabu..

tangan kremm..kejang grrr..sejuk doh..lol...

p/s:jangan kata aku pasan lak aku pilih putih..huahua..

No comments:

Post a Comment