Sunday, March 27, 2011

segalanya sudah tertulis....

Agak sudah lama juga saya tidak update ruangan ini..seolah2 ruangan ini meraung2 untuk dicantikkan seperti dahulu..tapi nak buat camne kn..kalau tiada setitik idea maka ruangan ini akan dibaca sahaja..namun kudrat merasakan tetap ingin juga menaip beberapa ratus atau puluh-puluh perkataan didalam ruangan ini..sebelum itu mari kite dengarkan lagu dari Siti iaitu Bisakah..lagu ni kadang-kadang mendalam juga..untuk mereka yang sedang hangat bercinta tetapi gagal dipertengah..sadis juga kadang2..itulah yang dikatakan takdir..itu juga adalah serba sedikit permulaan dan gambaran yang ingin saya ceritakan dalam ruangan terbaru ini..


kehidupan insan yang sedang bercinta..bibit2 pertemuan kali pertama yang sangat indah akhirnya hanya setakat dipertengahan..atas kerana alasan atau sebab2 yang tidak dapat dielakkan atau sengaja diada-adakan menjadi hubungan itu hanya sementara..

Namun begitu,jarang kita sedar disaat kite dilamun janji2 manis dalam sebuah kehidupan,kita lupa bahawa setiap detik dan saat yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hak yang maha Kuasa..begitu juga dengan cinta yang hadir terhadap seseorang..perasaan itu merupakan anugerah dan hak Allah kepada hambanya yang lemah..kasih sayang.cinta menyintai juga hak Dia..


oleh itu, pertemuan yang tidak disengajakan juga merupakan hak yang telah diatur oleh Allah SWT.begitu juga perpisahan..kite kecewa jika kite berpisah,sedih dan sukar menerima..tetapi perpisahan itu bukanlah itu yang kita minta tetapi Allah yang memberi..sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa disebalik kejadian dan dugaan yang diberikan kepada hambaNya..


justeru,selayaknya kite sebagai seorang hamba adalah dengan berusaha dan seterusnya bertawakal dan akhirnya redha...



No comments:

Post a Comment