Tuesday, February 8, 2011

TAK TERUCAP TAPI TERUNGKAP

oooohoiii!!..keh2
Bagi pendapat saya, saya masih lagi mencari jawapan bagi setiap persoalan ataupun yang sedang bermain di fikiran saya sekarang atau sebelumnya..Begitu juga dengan kata-kata yang sebahagiannya tidak dapat kita ucapkan dengan lisan, sebaliknya dengan cara yang lain..
Begitu juga saya..Mereka bertanya mengapa saya tidak meluahkan tetapi sebaliknya saya hanya memandang dan hanya menekan butang-butang huruf di atas papan komputer yang tak tahu sampai bila hayatnya...Dan disini saya ingin menjawab atas persoalan itu..saya juga percaya yang saya adalah manusia yang ke-1000 atau ke-sejuta yang mempunyai pandangan seperti ini..
   Saya menggunakan karya-karya bodoh saya untuk bercerita mengenai kehidupan manusia disekeliling saya samada melibatkan diri saya ataupun orang luar yang asing bagi saya..yang saya tidak kenali mahupun saya kenali..atas alasan, dimana saya ingin memberi nasihat dengan cara yang berkarya bagi saya itulah jalan yang terbaik..Nasihat yang tidak seberapa dan hanya sekecil zarah ini saya cuba ingin kongsikan bersama-sama mereka..Bukan hanya untuk mereka saja tapi peringatan untuk diri saya juga..

Jika mereka perasan saya selalu akan bercakap,

" hanya cerita kedai kopi " atau
" ermm, ini karya-karya bodoh saja "
Dari kata-kata itulah saya ingin gambarkan bahawa saya bukanlah seorang yang pakar dalam berbahasa mahupun berkarya..saya tidak sebaik A.Samad Said ataupun Osman Awang dan juga si penyanyi yang berbaju kurung Ana RAffali..Tapi  mereka adalah sebahagian pemangkin dan pencinta saya kepada berkarya..

Saya lebih suka berfantasi, berimaginasi dan barangkali berangan..yang memberi saya ilham dan idea walaupun tak seberapa.. Dimana ketika saya kecil, saya suka bercakap seorang dan mereka lagu berdasarkan apa yang saya lihat..Sehingga hari ini saya masih lagi menyukai perbuatan itu, bukan bercakap seorang tapi memandang sambil memikir..


Berbalik pada karya-karya bodoh saya..


Saya menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah difahami..kerana saya manusia biasa yang sememangnya terlopong dan kurang dengan perkataan yang bombastik bagi saya..Jadi jika saya faham maka saya berharap mereka juga faham..Ibarat saya mengajar si Buta..Kita tidak akan suruh si Buta untuk membuka lampu kerana walaupun terang ia tetap gelap  bagi mereka..Tiada mamfaat bagi mereka jika saya sendiri tidak faham apatah lagi orang lain..


Saya berharap karya saya ini dapat diterima, biarlah hanya dalam blog ini saja asalkan saya rasa puas hati dan gembira..


No comments:

Post a Comment