Wednesday, February 9, 2011

KEPOMPONG SI RAMA-RAMA


Telur putih itu telah pecah
Diatas dedaun yang menghijau
Lalu mengeluarkan si ulat perosak
Pemakan setia si Daun hijau muda
Sehingga menjadi layu

Namun kau si ulat perosak
Terus dengan kejahatan
Membuli dedaun yang ingin kehidupan
Sedikit pun kau tidak peduli

Kini kau dewasa
 Kau  menjadi keras dan kering
Tergantung dihujung  kayu rapuh
Ibarat dihujung duniamu
Dan kau terdiam disitu membawa diri
bersama si kepompong yang setia menemanimu

Setelah sekian lama
bersama si kepompong yang semakin usang dan tua
kau kembali melihat dunia
tapi kini kau sudah terlalu berbeza

kau miliki sepasang sayap
penuh dengan warna didunia
kau menjadi tatapan pujian
bagi makhluk yang melihatmu

Dahulu kau si ulat perosak
Menjadi kebencian
Dan kini kau Si Rama-rama
Yang mewarnai kehidupan
Maka terbang lah setinggi mana kau inginkan
Tanpa melupakan asal usul mu..

p/s:..mengambil masa juga puisi ni..siap search kat internet lagi maksud kepompong..kalau nampak rama-rama nak keluar dari kepompong tu jangan tolong ye..huhu..berkali-berkali aku edit benda untuk menambah kan kesedapan bila membacanya..

ULASAN: kepompong si Rama-rama ini sebenarnya mengisahkan tentang kehidupan..bila kita bercakap tentang kepompong atau pupa banyak perkara yang kita boleh tafsirkan bersama..dan di sini saya tampilkan kisah si ulat kemudian menjadi kepompong dan akhirnya menjadi rama-rama yang sangat cantik..sehingga orang yang melihatnya akan memujinya..


Kita boleh kaitkan karya ini dengan kehidupan manusia. Pada asalnya seseorang itu merupakan seorang yang jahat sehingga dibenci oleh orang sekeliling..senang kata seperti sampah masyarakat..dan dia tidak peduli apa yang orang sekelilingnya berkata mengenainya..Sehingga bila tiba masanya dia membawa diri bersama kebencian orang terhadapnya untuk memperbaiki diri..Ketika itu hanya yang menemani adalah kehidupan yang sangat tenang jauh dari kebencian orang sekeliling.Itulah yang ditugaskan oleh si Kepompong..


kemudian setelah sekian lama membawa diri dan kepompong pun menjadi tua setua dirinya..Akhirnya dia kembali semula kedunia yang sudah lama dia tidak ambil tahu..Cuma apa yang berbeza dahulu adalah dia sudah menjadi seseorang yang dikagumi dan menjadi kebanggaan orang lain dengan keistimewaan yang dia peroleh hasil daripada pengasingan itu..Iaitu si Rama-rama yang mempunyai sayap yang sangat cantik pelbagai warna..dan akhirnya dia telah diterima dan berjaya tanpa melupakan asal usul dan kisah lamanya..


Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan..harap semua tertarik dengan karya saya ini..^^







No comments:

Post a Comment