Tuesday, February 8, 2011

JIKA AKU ADA PILIHAN

STORY SIKIT..heheheh..
Karya yang ni agak lama juga saya fikirkan dan mengambil masa dalam seminggu dua jugak..mungkin sebab kekangan masa ataupun ketandusan idea yang blur..sebab tu masa lama nk berbandingkan dengan karya-karya bodoh yang lain..Tapi dalam masa memikirkan karya ini sempat jugak siap saya siapkan beberapa karya yang lain..dengan enak Karya Sambilan..bak kata orang sambil menyelam minum air tapi jangan sampai kembung..[hehehe]..karya-karya bodoh saya berdasarkan pengalaman atau kejadian atau insiden secara sengaja atau tidak sengaja dan masih kabur juga..Hopefully, anda semua suka lah dengan karya-karya bodoh saya..dan ini adalah karya yang lama saya reka..^^

JIKA AKU ADA PILIHAN

Semalam
ku mencorak mimpi yang berantai
segunung harapan dan selautan impian
ingin sekali sekala
aku diberi pilihan dalam babak-babakku didunia
akan warnai dengan kegembiraan 
tanpa setitis air mata duka

Jika aku ada pilihan
ku cuba bina tembok kalis kedukaan
sebagai penghalang
ku cuba buka tingkap kebahagiaan
sebagai kelengkapan

Jika aku ada pilihan
ingin sekali aku teroka cinta Adam
keagungan cinta dan kasih Hawa
 bermulalah kisah cinta manusia
bertaut menjadi kekasih yang setia 
dan akhirnya bahagia selamanya

Jika aku ada pilihan
sentiasa ku inginkan kemenangan
dan kulenyapkan kegagalan dalam kehidupanku
takut dan kecewa tiada lagi dalam diariku
ku yakin senyuman akan terukir selalu

Tapi
itu adalah sekadar pilihan 
mimpi yang boleh direka
tapi penentu bukanlah manusia
kerana Dia Pemberi pilihan didunia
dan kita akur dengan segala takdirnya..


peace^^

p/s:sepatutnya panjang lagi tapi idea bercampur kerana banyak sangat pilihan..[pilihan perkataan yang sesuai]..^^





4 comments: