Monday, February 7, 2011

AKU HANYA SI KARUT BODOH

Kau membengiskan muka
sehingga aku cukup faham
aku sedar dengan raut wajah
penuh kebencian dan menyampah

Kau katakan aku si karut yang bodoh
Ya! itu memang aku
Memang kadang-kadang aku sengaja
Kerana apa
Kerana dari seorang karut bodoh
Agar buat kau tersedar
Dalam setiap bicara dari tajamnya lidahmu

Aku si tukang karut bodoh
Tapi aku masih berpijak di atas tanah berdebu dan berhabuk
Tanah tumpah darah keturunanku
Aku percaya setiap manusia
berpegang dengan babak-babak di dunia
Atas alasan itu
Aku sedikit pun tidak marah
Kerana aku percaya kau juga merupakan si tukang karut di dunia



aku si tukang karut bodoh sambil naik basikal tua je la...heheheh





1 comment: